Tuesday, October 9, 2012

Kem Pemantapan Rohani

Saturday, June 30, 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG (HAC 2012)

Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2012 pada 1 Julai 2012.Majlis akan dirasmikan oleh Professor Emeritus Dato' Amir Awang, Fellow Akademik,Jabatan Psikologi dan Kaunseling,Kolej Universiti Insaniah. Semua warga dan ibubapa dijemput hadir.

Saturday, September 18, 2010

DOA AMALAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Monday, June 21, 2010

Saturday, May 8, 2010

Api!Api!Api!


Kekalutan berlaku apabila loceng kecemasan berdering tanpa henti.

Kehadiran kereta bomba menambahkan lagi kegusaran warga SKSS



Guru-guru kelas sibuk mengira pelajar mereka.


"Abang bomba sedang memberikan taklimat tentang kebakaran dan keselamatan.

Semua ini adalah panorama LATIHAN KEBAKARAN yang dijalankan pada 13/4/2010

Tuesday, March 30, 2010

sambungan...

Cabutan bertuah.....guru dan waris ternanti-nanti nombor mereka diumumkan..


AJK makanan sibuk membungkus makanan


Catat jangan tak catat....tak cukup pen, minta kat Cikgu Fuzi..



YDP sedang menyampaikan ucapan aluan..



Bacaan doa oleh Al-Fadil Ustaz Athifi Bin Saidon

VISI DAN MISI

VISI SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SELUANG AKAN MENJADI SEKOLAH TERBILANG DALAM DAERAH KULIM BANDAR BAHARU PADA 2010

MISI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SELUANG AKAN BERUSAHA UNTUK: - MEMIMPIN,MENGURUS DAN MENTADBIR SEKOLAH DENGAN CEKAP DAN BERKESAN - MENGHASILKAN KECEMERLANGAN KURIKULUM BERKUALITI - MEWUJUDKAN DISIPLIN DAN SAHSIAH YANG MULIA DIKALANGAN WARGA SEKOLAH - MEMBUDAYAKAN SEKOLAH BERWATAK -MEWUJUDKAN PRASARANA YANG PALING SELAMAT,KONDUSIF DAN CERIA - MENJALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI



SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini dibangunkan pada tahun hijrah 1324 bersamaan dengan tahun 1906 masihi iaitu 250 meter dari tapak sekolah sekarang. Keadaannya seperti sebuah bangsal, beratap rumbai,berdinding buluh dan berlantaikan tanah. Guru bertugas pada masa itu guru bertugas ialah Cikgu Yahaya bin Abdul Hamid yang berasal dari Kampung Bakar Kapor, Penaga Seberang Perai. Setelah hampir 20 tahun, akhirnya pada tahun 1345 hijrahbersamaan dengan tahun 1926 masihi pihak kerajaan telah membangunkan sebuah sekolah baru separuh kekal yang bertiang batu, berdinding dan berlantaikan papan serta berbumbung genting di atas tapak dua bidang tanah iaitu lot 99 dan 100. Bangunan ini kekal sehingga sekarang yang telah diubahsuai menjadi sebuah surau sekolah. Selepas perang dunia kedua iaitu pada tahun 1950 memandangkan pertambahan murid sehingga 200 orang telah menyebabkan Lembaga Pendidikan Sekolah berjaya mendirikan sebuah bangunan baru yang telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah pada tahun 1952. pada tahun 1960 sebuah bangunan baru didirikan kerana pertambahan murid.Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Syed Omar Shahabudin Menteri Besar Kedah pada pada tahun 1961. Pada tahun 1967 pertambahan murid telah meningkat kepada 401. Keadaan ini menyebabkan sesi persekolahan terpaksa dijalankan dua sesi iaitu pagi dan petang. Atas usaha PIBG sekolah baru telah didirikan dan diduduki pada tahun 1990 dan satu sesi persekolahan dapat dijalanlan. Pada tahun 1993 jumlah murid telah meningkat kepada 846 orang. Keadaan ini membolehkan kerajaan mendirikan 2 blok bangunan 4 tingkat di sekolah ini. Bangunan ini dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 1995 dengan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, Makmal ICT dan pelbagai kemudahan lain yang sepastinya dapat memberi kemudahan kepada seluruh warga sekolah. Kini Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang mempunyai 60 orang guru dan 1062 orang murid dibawah pimpinan Yang Berusaha Tuan Haji Zulkefli bin Ismail selaku guru besar dan diantu oleh Tuan Haji Md.Fuzi bin Hashim, Penolong Kanan 1, Puan Aisyah binti Sadun Penolong Kanan HEM dan En. Roslan bin Embi Penolong Kanan Kokurikulum.