Tuesday, March 30, 2010

sambungan...

Cabutan bertuah.....guru dan waris ternanti-nanti nombor mereka diumumkan..


AJK makanan sibuk membungkus makanan


Catat jangan tak catat....tak cukup pen, minta kat Cikgu Fuzi..



YDP sedang menyampaikan ucapan aluan..



Bacaan doa oleh Al-Fadil Ustaz Athifi Bin Saidon

SEKITAR MESYUARAT AGONG PIBG


AlhamdulilLah, SKSS telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agong PIBG pada 28 Mac 2010 yang berlansung di dewan terbuka SKSS pada jam 2.00 petang.

SUASANA SEKITAR MESYUARAT....



Ucapan perasmian dan pelancaran laman blog sekolah oleh Ketua Balai Polis Lunas

Hadirin yang membanjiri dewan SKSS




Pendaftaran hadirin...

Wednesday, March 10, 2010

KEBANGGAAN SEKOLAH

Tuan Penolong Kanan Kokurikulum En. Roslan bin Embi bersama dengan En. Gunalan dan En. Sivabalaraj bergambar kenangan dengan para atlit sekolah yang mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSK(R) Peringkat Pkg Padang Serai yang telah diadakan pada 1 Mac 2010.




Penolong Kanan Kokurikulum En. Roslan bin Embi bersama denganEn. Gunalan dan En. Sivabalaraj selaku jurulatih olahraga bergambar bersama dengan atlit sekolah yang telah berjaya mendapat 1 pingat emas, 2pingat perak dan dua pingat gangsa dalam Kejohanan Olahraga MSSK(R) Peringkat PKG Padang Serai.


OLAHRAGAWAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSK(R)
PERINGKAT PKG PADANG SERAI 2010

Ku Muhammad Izzuddin bin Ku Md.Shah dari Tahun 6 Kreatif telah ditabalkan sebagai Olahragawan Kejohanan Olahraga MSSK(R) Peringkat PKG Padang Serai yang telah diadakan pada 1 Mac 2010 bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Taman Ria Padang Serai. Dalam acara 100m, Ku Mohamaad Izzudin telah berjaya memecah rekod Daerah Kulim Bandar Baharu dengan cacatan masa 12.97s. Rekod lama ialah 13.25s.
Ku Muhammad Izzuddin dilahirkan pada 3 Februari 1998 oleh ibunya yang bernama Ustazah Rozaina bt. Abdul Wahab yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di sekolah ini. Bapanya pula bernama Ku Md. Shah bin Ku Yusof yang bekerja sebagai Penyelia PLUS.
Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah di atas kejayaan ini semoga murid lain menjadikan kejayaan ini sebagai inspirasi ke arah kecemerlangan. Syabas.







Tuesday, March 9, 2010

MAKLUMAT PENTING KEPADA GURU

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2010

SESI PEMBENTANG ULASAN BUKU (BOOK REVIEW)

A) Semua guru dikehendaki membaca 1- 7 buah buku ilmiah yang sekurang-kurangan 50 halaman dan dibentangkan. Setiap sebuah buku yang dibentangkan bersamaan dengan 1 hari kepada guru tersebut.

B) Ulasan buku yang dibaca mestilah merangkumi 3 aspeks iaitu:
1.Sinopsis buku
2.Pengetahuan/pengajaran yang boleh diperolehi
3.Aplikasi ilmu dalam organisasi/p&p

C) Jangka masa pembentangan 20 hingga 30 minit

D) Buku-buku yang dibaca berfokuskan kepada 3 bidang iaitu:
1.Pengetahuan Profesionalisme(60%)
-Ilmu pengetahuan pendidikan dan mata pelajaran
-Kandungan dan kaedah pedagogi
-Pengurusan kurikulum
-Kreativiti dan inovasi pedagogi

2.Kemahiran Profesionalisme(20%)
-Kejurulatihan
-Penulisan ilmiah
-Kajian dan penyelidikan ilmiah
-Kepimpinan
-Pengurusan kewangan
-Pengurusan strategik

3.Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan(20%)
-Nilai dan Etika
-Komunikasi Berkesan
-Soft skills

E) Kehadiran guru mendengar pembentangan selama 6 jam bersama dengan 1 hari berkursus.

D) Kehadiran guru mendengar pembentangan hanya dibenarkan sehingga 18 jam sahaja yang menyamai 3 hari berkursus.

F) Sesi pembentangan boleh dibuat semasa:
*Mesyuarat Guru
*Mesyuarat Panitia
*Taklimat Profesional
*Perhimpunan Sekolah
*In-house Training

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SETIAUSAHA LDP

Monday, March 8, 2010

INFORMASI AKTIVITI SEKOLAH

1) PROGRAM PEMBINAAN JADUAL BELAJAR UNTUK TAHUN 6
HARI : SABTU
TARIKH : 10 APRIL 2010
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

SEMUA MURID TAHUN 6 DIWAJIBKAN HADIR


2) PROGRAM SUAIKENAL BERSAMA ANGGOTA VMGP INTEL
HARI : ISNIN
TARIKH : 12 APRIL 2010
MASA : WAKTU PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH


3) PROGRAM GOTONG-ROYONG KECERIAAN KELAS
HARI : JUMAAT
TARIKH:16 APRIL 2010
MASA : 8.00 PAGI-12 TENGAH HARI
SEMUA GURU DIJEMPUT HADIR

CERAMAH PEGAWAI SERANTA POLIS DIRAJA MALAYSIA


Pada hari Ahad 7 Mac 2010 pihak sekolah telah mengundang Pegawai Seranta Polis Diraja Malaysia Koperal Abdul Rahim untuk menyampaikan ceramah kepada semua murid .Dalam ucapannya, beliau berharap semua murid tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti ponteng sekolah, menghisap rokok/menghidu gam dan bermain video games di pusat ceber cafe.

Sunday, March 7, 2010

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2010


Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas pada 6 Febeuari 2010. Seramai 78 orang murid telah terlibat dalam menjayakan program ini.

RENUNGAN

MAULIDUR RASUL 2010



Tuan Guru Besar sedang menyampaikan ucapan Pelancaran Bulan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
PERSEMBAHAN NASYID SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

VISI DAN MISI

VISI SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SELUANG AKAN MENJADI SEKOLAH TERBILANG DALAM DAERAH KULIM BANDAR BAHARU PADA 2010

MISI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SELUANG AKAN BERUSAHA UNTUK: - MEMIMPIN,MENGURUS DAN MENTADBIR SEKOLAH DENGAN CEKAP DAN BERKESAN - MENGHASILKAN KECEMERLANGAN KURIKULUM BERKUALITI - MEWUJUDKAN DISIPLIN DAN SAHSIAH YANG MULIA DIKALANGAN WARGA SEKOLAH - MEMBUDAYAKAN SEKOLAH BERWATAK -MEWUJUDKAN PRASARANA YANG PALING SELAMAT,KONDUSIF DAN CERIA - MENJALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI



SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini dibangunkan pada tahun hijrah 1324 bersamaan dengan tahun 1906 masihi iaitu 250 meter dari tapak sekolah sekarang. Keadaannya seperti sebuah bangsal, beratap rumbai,berdinding buluh dan berlantaikan tanah. Guru bertugas pada masa itu guru bertugas ialah Cikgu Yahaya bin Abdul Hamid yang berasal dari Kampung Bakar Kapor, Penaga Seberang Perai. Setelah hampir 20 tahun, akhirnya pada tahun 1345 hijrahbersamaan dengan tahun 1926 masihi pihak kerajaan telah membangunkan sebuah sekolah baru separuh kekal yang bertiang batu, berdinding dan berlantaikan papan serta berbumbung genting di atas tapak dua bidang tanah iaitu lot 99 dan 100. Bangunan ini kekal sehingga sekarang yang telah diubahsuai menjadi sebuah surau sekolah. Selepas perang dunia kedua iaitu pada tahun 1950 memandangkan pertambahan murid sehingga 200 orang telah menyebabkan Lembaga Pendidikan Sekolah berjaya mendirikan sebuah bangunan baru yang telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah pada tahun 1952. pada tahun 1960 sebuah bangunan baru didirikan kerana pertambahan murid.Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Syed Omar Shahabudin Menteri Besar Kedah pada pada tahun 1961. Pada tahun 1967 pertambahan murid telah meningkat kepada 401. Keadaan ini menyebabkan sesi persekolahan terpaksa dijalankan dua sesi iaitu pagi dan petang. Atas usaha PIBG sekolah baru telah didirikan dan diduduki pada tahun 1990 dan satu sesi persekolahan dapat dijalanlan. Pada tahun 1993 jumlah murid telah meningkat kepada 846 orang. Keadaan ini membolehkan kerajaan mendirikan 2 blok bangunan 4 tingkat di sekolah ini. Bangunan ini dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 1995 dengan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, Makmal ICT dan pelbagai kemudahan lain yang sepastinya dapat memberi kemudahan kepada seluruh warga sekolah. Kini Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang mempunyai 60 orang guru dan 1062 orang murid dibawah pimpinan Yang Berusaha Tuan Haji Zulkefli bin Ismail selaku guru besar dan diantu oleh Tuan Haji Md.Fuzi bin Hashim, Penolong Kanan 1, Puan Aisyah binti Sadun Penolong Kanan HEM dan En. Roslan bin Embi Penolong Kanan Kokurikulum.